Pelbagai Jenis Urutan di Najah Spa

Luangkan masa untuk diri anda. Lepaskan tekanan dan rasai kelegaan sepenuhnya dengan rawatan urutan di Najah Spa.


Setiap sesi urutan di sini direka khusus untuk membantu wanita mendapatkan ketenangan tubuh dan minda, sambil memperbaiki keseimbangan tenaga dalaman.


Antara rawatan urutan yang disediakan:


Tradisional Massage

Urutan tradisional ini membantu melancarkan peredaran darah, melegakan sengal-sengal badan dan mengembalikan kesegaran tubuh. Ia sesuai untuk wanita yang aktif, banyak berdiri, atau mengalami ketegangan otot di bahagian pinggang dan bahu.


Hot Stone Massage

Rawatan menggunakan batu panas ini memberi kehangatan lembut pada otot, membantu melegakan kekejangan dan meningkatkan aliran darah. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan tekanan dan ketegangan mendalam.


Back Massage

Fokus pada bahagian belakang, bahu dan tengkuk atau kawasan yang sering mengalami tekanan akibat duduk lama atau bekerja di meja. Urutan ini membantu mengurangkan rasa berat dan menegangkan otot.


Aromatherapy Massage

Gabungan teknik urutan lembut dan minyak pati aromatik untuk kesan relaksasi maksimum. Harumannya menenangkan emosi, membantu tidur lebih lena, dan mengurangkan stres secara semula jadi.


Relaxing Massage

Urutan lembut untuk menenangkan tubuh dan fikiran. Ia membantu meredakan keletihan, mengembalikan keseimbangan tenaga, dan memberikan rasa segar selepas rawatan.


Setiap urutan di Najah Spa dijalankan dalam suasana tenang dan selesa, khas untuk wanita sahaja.


Kami percaya kelegaan sebenar datang apabila tubuh, minda dan jiwa berada dalam keadaan yg seimbang.


Tempahan mudah: https://book.najahspa.com