Rahsia Kulit Cantik & Berseri Dengan Facial Treatment

Setiap wanita idamkan kulit wajah yang sihat, bersih dan berseri. Namun, dengan pencemaran, tekanan kerja, kurang tidur dan rutin harian yang sibuk, kulit kita mudah kusam dan tidak bermaya. Di sinilah facial treatment memainkan peranan penting bukan sekadar untuk kecantikan luaran, tetapi juga untuk kesihatan kulit wajah dalam jangka masa panjang.


1. Membersihkan Pori Lebih Mendalam

Pencuci muka harian tidak mampu menyingkirkan segala kotoran, minyak dan sel kulit mati yang terkumpul. Facial membantu membersihkan wajah dengan lebih mendalam supaya pori bebas tersumbat, sekaligus mengurangkan risiko jerawat.


2. Menggalakkan Peredaran Darah

Urutan lembut semasa facial bukan sahaja beri rasa tenang, malah melancarkan peredaran darah di wajah. Hasilnya, kulit nampak lebih segar, cerah semula jadi dan makin berseri.


3. Melembapkan & Menyihatkan Kulit

Setiap rawatan facial menggunakan produk khas organik yang membantu mengembalikan kelembapan kulit. Wajah yang cukup lembab akan menjadi lebih anjal, lembut dan melambatkan tanda penuaan.


4. Mengurangkan Tekanan

Facial bukan hanya tentang kulit, ia juga memberi masa untuk anda berehat seketika. Relaksasi yang anda alami ketika rawatan membantu mengurangkan stress, menjadikan minda dan tubuh lebih tenang.


5. Rutin Penjagaan Diri yang Konsisten

Melakukan facial secara berkala, contohnya sebulan sekali mampu mengekalkan kesihatan kulit dalam jangka masa yang panjang. Ia membantu mengekalkan kulit yang sihat, bersih dan berseri tanpa perlu bergantung pada solekan (make up) tebal.


Di Najah Spa, kami menawarkan pelbagai jenis facial yang sesuai dengan keperluan kulit anda sama ada untuk kulit kering, berminyak, berjerawat atau kusam. Setiap rawatan dilakukan oleh therapist berpengalaman bagi memastikan kulit anda menerima sentuhan terbaik.


Kulit sihat adalah cerminan keyakinan diri. Jadi, jangan tunggu sehingga kulit bermasalah baru nak rawat. Manjakan wajah anda dengan facial di Najah Spa hari ini!


Tempahan mudah: https://book.najahspa.com