
Ramai belum tahu bahawa berpeluh di sauna bukan sekadar relaks, ia sebenarnya memberi kesan positif kepada kesihatan dalaman dan keseimbangan tubuh. Sauna infrared menggunakan haba lembut berteknologi moden yang menembusi lapisan tisu kulit, membantu badan berpeluh secara semula jadi tanpa rasa terlalu panas atau tidak selesa.
1. Kelebihan Infrared Sauna
• Menyingkirkan toksin melalui peluh : Membantu badan membuang bahan toksik yang terkumpul akibat pemakanan, pencemaran dan tekanan harian.
• Membantu pembakaran kalori : Proses berpeluh dan peningkatan suhu badan boleh menyokong usaha penurunan berat badan secara sihat.
• Melancarkan peredaran darah : Oksigen dan nutrien diedarkan dengan lebih baik ke seluruh tubuh.
• Kulit lebih cerah & sihat : Peluh membantu membersihkan pori, menjadikan kulit lebih bersih, segar dan berseri.
• Mengurangkan stres & lenguh badan : Haba membantu merehatkan otot serta menenangkan sistem saraf.
2. Sesuai Untuk Siapa
Infrared sauna sangat sesuai untuk individu yang:
• Sering berasa letih atau lesu walaupun cukup rehat
• Mengalami masalah tidur atau tekanan emosi
• Ingin menurunkan berat badan secara selamat dan semula jadi
• Mengalami lenguh otot, badan tegang atau kurang peredaran darah
• Ingin detoks badan dan tingkatkan kesihatan menyeluruh
Rawatan ini boleh dijadikan sebahagian daripada rutin penjagaan diri untuk membantu tubuh kembali segar, ringan dan seimbang dari dalam ke luar.
Tempahan mudah: https://book.najahspa.com
Made by ES Technology . Copyright © NajahSpa