Urutan Aromaterapi

Urutan aromaterapi ialah gabungan teknik urutan lembut bersama penggunaan minyak pati semula jadi (essential oils) untuk membantu menenangkan minda, mengurangkan tekanan dan memulihkan keseimbangan tenaga dalam tubuh.


Tidak seperti urutan yang fokus kepada tekanan kuat, urutan aromaterapi lebih lembut dan perlahan. Keunikan rawatan ini terletak pada haruman minyak pati yang membantu merangsang sistem saraf, seterusnya memberi rasa relaks yang mendalam.


Rawatan ini sangat sesuai untuk wanita yang mengalami stres berpanjangan, kekurangan tenaga, susah tidur, atau ingin mencari ketenangan emosi.


Semasa urutan, terapis akan menggunakan minyak aromaterapi dan mengurut seluruh badan. Pada masa yang sama, aroma dari essential oil akan dihidu dan diserap melalui sistem pernafasan. Apabila aroma masuk ke otak, ia merangsang bahagian yang mengawal mood, emosi dan tindak balas stres.


Hasilnya, tubuh bukan sahaja rasa ringan, tetapi minda juga menjadi lebih tenang.


Kelebihan Urutan Aromaterapi


1. Mengurangkan Stres & Keresahan

Teknik urutan lembut bersama bauan terapi membantu menurunkan hormon stres, membuatkan tubuh lebih relaks.


2. Membantu Tidur Lebih Lena

Sesuai untuk pelanggan yang mengalami insomnia atau tidur tidak berkualiti.


3. Meningkatkan Mood & Tenaga Positif

Aroma tertentu memberi rangsangan mental yang membantu meningkatkan semangat dan fokus.


4. Melegakan Ketegangan Otot Ringan

Teknik urutan perlahan membantu mencairkan kekerasan otot akibat duduk lama atau kerja rumah.


5. Baik Untuk Peredaran Darah

Urutan merangsang aliran darah, menjadikan badan lebih bertenaga.


6. Memulihkan Keseimbangan Emosi

Bau terapi mampu mengimbangi mood, meredakan emosi dan membantu rasa lebih stabil.


Urutan aromaterapi ialah pilihan terbaik untuk pelanggan yang perlukan relaksasi premium tanpa rasa sakit akibat tekanan urutan yang terlalu kuat.


Tempahan mudah: https://book.najahspa.com